Bomoh Syirik

Bomoh sihir perlu bertaubat segera

E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel

MASJID TANAH: “Masih ada masyarakat Melayu sanggup melakukan sihir walaupun menyedari ia perbuatan syirik kerana hanya dikuasai hawa nafsu dan hasad dengki yang menebal dalam diri.”

Begitu kata Pengerusi Pegawai Syarak Melaka, Abu Khir Jamaluddin (gambar) ketika diminta mengulas kejadian seorang pengantin perempuan rebah sebelum mengalami histeria ketika sesi bergambar, Jumaat lalu.

Beliau berkata, ramai umat Islam terutama masyarakat Melayu keliru dengan istilah perubatan dalam kehidupan hingga ada antara mereka terjebak dalam dunia syirik yang bercanggah dengan al-Quran dan hadis.

Menurutnya, seseorang bomoh atau pengamal amalan syirik melakukan sihir dipercayai semata-mata mahu mengaibkan orang yang dikehendaki supaya berasa malu di khalayak ramai atau menderita kesakitan.    “Perbuatan sebegini (sihir)   berdosa besar kerana Rasulullah pernah bersabda bahawa jampi mantera, tangkal azimat, santau, ilmu guna-guna dan yang ada hubung kait dengan amalan sihir membabitkan kemenyan adalah syirik.

“Sebagai umat Islam, kita perlu menjauhi segala bentuk perbuatan syirik kerana menyekutukan Allah.

“Justeru, pengamal perubatan tradisional yang berdamping dengan jin dan iblis perlu bertaubat dan  segera kembali ke jalan Allah,” katanya.


//

Harian Metro semalam melaporkan orang ramai yang menyaksikan sesi bergambar pada majlis perkahwinan dua beradik perempuan di sebuah kampung gembar apabila seorang daripada pengantin   tiba-tiba rebah sebelum diserang histeria.

Leave a Reply